Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Wednesday, 18 January 2012

Buat Ukhtiku Syg

Wahai Ukhtiku,
Aku kagumi pada ketabahanmu
Aku kagumi pada kesanggupanmu utk thabat
dalam jalan dakwah ini
walaupun kau dihujani mehnah silih berganti

Ukhtiku sayang,
Ada kalanya ujian melelahkan
Ada kalanya ujian melemahkan semangat
Ada saatnya kau merasa tidak sanggup lagi
utk bersama-sama dalam sof perjuangan
Ada saatnya kau rebah tak mampu utk bangun semula


Ukhtiku sayang,
Sebelum aku mengundur diri
Aku ingin kau tahu bahawa
Aku sedia menghulurkan tanganku ketika kau memerlukan
Aku sedia memapahmu utk berdiri ketika kau lemah
Aku sedia meminjamkan bahuku ketika kau ingin menangis
Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung


No comments:

Post a Comment