Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi

Monday, 5 March 2012

Solat dan Khusyuk

Antara ibadah yang penting yang wajib dilakukan ialah solat. Ia amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun solat tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan, nabi bersabda, “Solat itu tiang agama sesiapa yang meninggalkannya dia meruntuhkan agama.”

Dalam surah Al-Mukminun ayat 1, 2 dan 9 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka…. Dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”

Justeru, untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardu. Dalam konteks melaksanakan solat, dua perkara wajib dijaga, pertamanya khusyuk dan keduanya memastikan agar solat dilaksanakan secara berterusan mengikut cara dan jadual waktu yang telah ditetapkan.


Kesesatan Kerana Memperkecilkan Solat
Golongan yang memperkecilkan solat merupakan golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 Allah berfirman, “Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan..” Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, “Maksud ‘mensia-siakan solat’ bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya dari waktunya”. Imam Said ibn Al-Musayyab mempunyai pendapat yang sama dengan sahabat Abdullah ibn Abbas. Beliau berkata, “Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isyak, solat isyak ditangguhkan sehingga masuk waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik..” Hal ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.
Justeru melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada disiplin Islam yang wajib dilaksanakan. Mengikut Imam Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah ibn Masud pernah bertanya kepada nabi, “Apakah amalan yang paling Allah sukai?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Abdullah ibn Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?” Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.” Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?” Nabi menjawab, “Jihad kerana agama Allah.”

Apakah Maksud Khusyuk?
Solat tidak akan berkesan tanpa khusyuk. Mengikut Imam Al-Hakim dan Tirmizi, pada suatu ketika nabi ternampak seorang lelaki menyapu janggutnya ketika solat maka baginda pun bersabda, “Jika khusyuk hati lelaki ini akan tenanglah anggota badannya.” Berkata Imam Al-Alusi, “Khusyuk ialah merendahkan diri dengan perasaan takut di samping tenang anggota badan.” Ibn Jarir meriwayatkan bahawa sahabat Abdullah ibn Abbas berkata, “Mereka yang khusyuk ialah mereka yang takut lagi tenang.” Sahabat Ali bin Abi Talib berkata, “(Khusyuk) tempatnya ialah di hati.” Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.” Pandangan yang agak merangkumi tentang khusyuk ialah pandangan sahabat Abu Darda’. Beliau berkata, “(Khusyuk) ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan kanan kerana ia adalah dari syaitan.” Kesemua pendapat ini disebutkan dalam Al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa.

Justeru khusyuk di dalam solat adalah penting. Namun khusyuk perlu diamalkan tidak hanya di dalam solat. Ia perlu diaplikasikan dalam setiap ibadah yang kita lakukan agar kesannya lebih positif. Di akhir zaman khusyuk akan lenyap dari hati-hati manusia digantikan dengan kealpaan dan kelalaian. Mengikut Imam Al-Hakim, sahabat Ubadah bin Samit berkata, “Tidak berapa lama lagi akan sampai satu zaman apabila kamu memasuki masjid kamu tidak akan menemui lagi lelaki yang khusyuk.” Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan Al-Hakim meriwayatkan, sahabat Huzaifah bin Yaman berkata, “Perkara pertama yang akan luput dari agamamu ialah khusyuk dan akhirnya yang akan luput darimu ialah solat. Ikatan Islam akan terungkai satu demi satu.”

Cara Untuk Khusyuk
Asas kepada khusyuk ialah kebersihan hati. Justeru, untuk khusyuk penekanan perlu diberikan kepada ibadah hati tanpa mengabaikan rukun-rukun yang berkaitan dengan anggota badan. Unsur-unsur ibadah hati yang ditekankan ada enam.. Keenam-enam itu, mengikut Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin, ialah, “Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.

Untuk membantu kekhusyukan hati, beberapa pengaruh luaran perlu dikawal dan dijaga. Antaranya, jika seseorang berasa lapar hendaklah beliau menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.” Demikian jugalah kiasannya dengan membuang air besar dan kecil dan yang seumpamanya.

Dalam kitab Ihya Ulumuddin dalam bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam Al-Ghazali berkata, “Pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan sekali gus mengganggu kekhusyukan seseorang. Ubatnya ialah memisahkan dan menjauhkan diri dari kesemua pengaruh itu. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian dan tidak melaksanakan solat di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik (serta gambar-gambar). Ketika hendak bertakbiratul ihram hendaklah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh mengganggu jiwanya, dan dimasukkan ke dalam hati itu ingatan kepada akhirat dan dibayangkan kepadanya keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah pada suatu hari nanti… Walau bagaimanapun hawa nafsu memang susah hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan bermunajat di dalam solat. Justeru mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dapat dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu. ”
Benarlah Imam Al-Hasan ketika beliau berkata, “Mereka yang tidak menghadirkan hati ketika melakukan solat, solat mereka akan mencepatkan mereka kepada seksaan Allah”.

Faedah-Faedah Solat
Solat yang dilakukan akan menggugurkan dosa seseorang. Imam Muslim meriwayatkan, nabi bersabda, “Solat yang lima menghilangkan dosa sebagaimana air menghilangkan daki.” Dalam riwayat yang lain oleh Imam Muslim, nabi bersabda, “Solat menghapuskan dosa yang berlaku di antara satu solat dengan satu yang lain melainkan dosa-dosa besar.”

Solat membina jati diri seseorang. Imam Abu Al-Aliyah berkata, “Solat mempunyai tiga keistimewaan, dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu ialah ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Ikhlas akan membawa seseorang kepada yang makruf, khusyuk akan mencegahnya dari perbuatan mungkar dan zikrullah akan membantunya melakukan yang makruf dan mencegahnya dari yang mungkar”. Hal ini disebutkan di dalam Tafsir Al-Azhar oleh Hamka.

Di samping itu, solat menguatkan jiwa seseorang sehingga memampukannya meninggalkan kekejian dan kemungkaran. Dalam surah Al-Ankabut ayat 45, Allah berfirman, “Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.” Apabila peribadi unggul seperti ini dapat dibentuk melalui solat, keluarga dan masyarakat akan menjadi aman dan selamat.

Solat mendidik umat Islam menjadi pengurus masa yang baik. Dalam surah An-Nisak ayat 103, Allah berfirman, “Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas orang-orang mukmin.” Oleh kerana solat fardu yang lima terikat dengan waktu, mereka yang bersolat perlu prihatin dan peka dengan waktu kerana solat yang dilakukan di luar waktu dengan sengaja dianggap sebagai tidak sah dan bakal mendatangkan dosa. Kepekaan kepada waktu ini jika diperkembangkan kepada seluruh kehidupan akan menjadikan umat Islam satu golongan yang menghargai masa. Golongan yang menghargai masa pasti akan cemerlang.

Solat juga membentuk disiplin. Di antara perkara yang wajib dilaksanakan sebelum bersolat ialah mengambil wuduk, dan wuduk tidak dianggap sah melainkan dengan tertib. Tertib bermaksud, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Demikian juga ketika bersolat, tertib wajib dipelihara.. Jika seseorang mendahulukan amalan yang sepatutnya dikemudiankan, sebagai contoh, melakukan sujud sebelum qiam dan takbiratul ihram, solatnya dianggap tidak sah. Latihan-latihan seperti ini mampu melahirkan insan yang celik prosedur lagi berdisiplin sekali gus menjadikannya efisien dalam setiap pekerjaan.

Solat mendidik umat Islam agar mementingkan ilmu. Hal ini disebabkan ketika melaksanakan solat berjemaah, imam yang memimpin solat hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang berilmu. Mengikut Imam Muslim dan Ahmad, nabi bersabda, “Hendaklah yang mengimami sesuatu kaum itu mereka yang lebih tahu tentang Al-Quran. Jika kemampuan mereka sama di sudut ini, pilihlah dari kalangan yang lebih memahami sunah..” Makmum yang berada di belakang imam juga perlu menguasai ilmu kerana kadangkala imam terlupakan sesuatu di dalam solatnya. Justeru, untuk membantu imam, Islam mengarahkan agar makmum yang berdiri hampir dengan imam adalah dari kalangan mereka yang berilmu. Mengikut Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi, nabi bersabda, “Hendaklah mereka yang pandai lagi baligh bersolat dekat denganku, kemudian mereka yang seumpama mereka, kemudian mereka yang seumpamanya..”
Tekanan jiwa atau stres sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika dilakukan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati. Dalam surah Taha ayat 14 Allah berfirman, “Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaku.” Oleh kerana solat benar-benar mendamaikan hati nabi pernah berkata, “Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Justeru di sisi nabi, solat diumpamakan seperti kekasih hati.  Dalam sebuah riwayat oleh Imam An-Nasai, nabi bersabda, “Dan dijadikan cahaya mataku pada solat.”

Hasil Nukilan :
Dr. Danial Zainal Abidin

Monday, 30 January 2012

Sharing is Caring (vol.2)

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
17/1/12 @ 04:46am
Assalamualaikun ya akhwat.. Tadi aku bertemu "Tawadhu", "Sabar" & "Ikhlas". Mereka bertiga perlu tempat tinggal. Maaf, tanpa izin aku berikan alamat hatimu.. Semoga mereka sentiasa bersamamu, Uhibbukifillah abadan abadaa.. :-)

17/1/12 @ 04:50am
Dear ALLAH, the lady reading this is beautiful n strong & very2 dear 2 me.. Help her live her life to the fullest.. Please promote her and cause her 2 excel above expectations.. Help her 2 shine in the darkest places and love where it is impossible 2 love.. Amin

17/1/12 @ 07:38am
Semua Takdir Allah adalah BAIK utk kita..
Akibat takut GAGAL membuatkan kita GIGIH berusaha..
Akibat hubungan X MESRA dengan sahabat membuatkan kita bertindak meminta MAAF..
Kerana JAHIL membuatkan kita MENIMBA ILMU..
Kerana merasakan berDOSA mendorong kita berTAUBAT..
Kerana merasakan diri TIADA PENCAPAIAN membuatkan kita berusaha MEMOTIVASIKAN DIRI demi meraih kejayaan..
Kerana melihat MUNGKAR menyebabkan jiwa kita tergerak melaksanakan AMNM (Amar Ma'ruf Nahi Mungkar)..

17/1/12 @ 14:52pm
Ayat dbaca selembut sutera.. Bahasa diucap adakala berbisa.. Janji dlafaz x semua dkota.. Tugasan yg dlaksana ad yg x sempurna.. Dlm pergaulan ad yg terguris jiwa.. Dlm bersenda loka ad yg buruk sangka.. Dlm kenangan ad yg dlupa.. Alpa kerana asyik dlanda suka.. Demikianlah insan bernama manusia..

18/1/12 @ 06:28am
Ya Allah.. Andai dirinya resah, tenangkanlah hatinya dgn tuduhan ma'rifah-Mu.. Andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dgn kebesaran-Mu.. Anadai tubuhnya kedinginan, selimutkanlah dgn kehangatan kasih syg-Mu.. Andai dirinya merindu, rindukanlah jiwanya dgn saat bertemu dgn-Mu.. Ya Allah.. Jgn KAU biarkan hati+jiwa+jasadnya terpesona dgn duniawi.. Khusyukkan jiwanya dlm rukuk+sujud menghadap-Mu.. Berikanlah kejayaan ddunia+akhirat.. Semoga dirinya saudariku selamanya.. Amin Ya Rabbal alamin..

23/1/12 @ 10:46am
Kemanisan iman dsemai ddlm jiwa sesama insan yg bertemu & berpisah krn Allah, cinta & benci krn Allah, nasihat & tegur krn Allah, berukhwah krn Allah, hatta tiap hubungan & ikatan aqidah islamnya ddsrkn kpd Allah.. Indahnya ukhwah fillah, krn tautan hati yg tulus dhubungkan oleh Allah.. Itulah rahmat & nikmat x ternilai kpd hamba22 pilihan-Nya dlm berukhwah..

26/1/12 @ 17:02pm
Ya Allah.. Ampunkan dosa kami samada kami sedar atau x, berilah petunjuk yang nyata pada kami agar dapat kami mendekati-Mu Ya Rabbi.. Lindungilah kami dari ibadat yg sia2 krn kelalaian kami pada-Mu.. Jangan tinggalkan kami Tuhanku walau sedetik, krn kami perlu KAMU Ya Allah..

29/1/12 @ 16:22pm
Wahai RASUL, kami merindui sinaran wajahmu yg mendamaikan jiwa, indah akhlakmu & budi pekertimu, penat lelah dlm menyampaikan risalah, x pernah menjadi alasan malah djadikan sbgai sumber kekuatan.. Ya Allah, kurniakan kami secebis kekuatan (jiwa) spt kekasih-Mu walaupun pada hakikatnya kami lemah..

Syukran Ya Rabb.. Thanx ukhtiku syg :-)





Saturday, 28 January 2012

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1) Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2) Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3) Terima kita seadanya Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4) Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5) Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6) Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7) Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8) Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9 ) Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10) Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Wallahu’alam. Selamat mencari jodoh. ^_^
Sumber: iLuvislam
(Dipetik daripada hasil perbincangan dalam forum mesra.net. Disusun oleh Che Ahmad)

Wednesday, 25 January 2012

8 Tips "Amalan Rasulullah SAW"

     BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

1. Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit M serta memperkuatkan akal fikiran.

2. Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

3. Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4. Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5. Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

6. Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

7. Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8. Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

Sunday, 22 January 2012

Khas buat ukhtiku syg

Wahai ukhtiku syg, Nur Mujahidah yg sejati... Syukur ku kehadrat Illahi atas sebuah anugerah yang tak terhingga ne.. Tiada sape yg dapat merasakn kegembiraan ne melainkan diriku sendiri.. Begitu juga Allah, Dia pasti tahu akan perasaan ku ini.. Mungkin ne dinamakan nikmat cinta hakiki dimana kita saling menyayangi kerana Allah semata-mata, spt seorang kak dan adik yg sukar utk dipisahkan..

Ukhtiku syg.. Ucapan terima kasih khas buatmu, adikku syg.. Aku bukan saje mempelajari nikmat cinta dri-Nya, malahan aku telah memahami makna cinta kepada seseorang hamba-Nya kerana-Nya jua.. Dan terima kasih juga atas kesudiaan memberi sedikit perkongsiaan hidup tentang indahnya dunia muslimah di sisi Allah dan Rasul-Nya.. SubhanAllah!! Syukran Ya Rabb atas semua kurniaan-Mu..

Ukhtiku syg.. Keikhlasanmu dalam menjalankan sebuah ukhwah masih lagi terguris indah di kalbuku ne.. Walau jauh di mata, namun dikau tetap di hatiku..



Ya Rabbi.. Lancarkanlah perjalanannya pada malam ne.. Semoga uktiku syg, Jailaitul Akmal selamat pergi dan balik ke destinasi yang dituju.. Lindungilah dia dengan Rahmat-Mu Ya Rabbi.. Sesungguhnya hanya pada-Mu ku berserah dan hanya pada-Mu ku mengadu.. Amin..

Friday, 20 January 2012

Talking To The Moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Wednesday, 18 January 2012

Buat Ukhtiku Syg

Wahai Ukhtiku,
Aku kagumi pada ketabahanmu
Aku kagumi pada kesanggupanmu utk thabat
dalam jalan dakwah ini
walaupun kau dihujani mehnah silih berganti

Ukhtiku sayang,
Ada kalanya ujian melelahkan
Ada kalanya ujian melemahkan semangat
Ada saatnya kau merasa tidak sanggup lagi
utk bersama-sama dalam sof perjuangan
Ada saatnya kau rebah tak mampu utk bangun semula


Ukhtiku sayang,
Sebelum aku mengundur diri
Aku ingin kau tahu bahawa
Aku sedia menghulurkan tanganku ketika kau memerlukan
Aku sedia memapahmu utk berdiri ketika kau lemah
Aku sedia meminjamkan bahuku ketika kau ingin menangis
Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung


Tuesday, 17 January 2012

Kejujuran Dalam Kemaafan

Dalam hidup ini semua orang pasti dan pernah melakukan kesalahan, baik kesalahan itu kecil maupun besar. Kesalahan kadang datang dengan sendirinya kadang juga karena ulah kita sendiri. Kita sebagai manusia meski melakukan kesalahan kadang kita merasa bahwa kita itu benar, mengucapkan Kata Kata Maaf memanglah sulit tetapi jika kita ingin menjadi orang yang bisa dihargai orang lain jadilah orang yang mau  meminta maaf.

Kata kata maaf memanglah susah diucapkan jika kita melakukan kesalahan, kita merasa sangsi, merasa menang sendiri dan rasa takut. Oleh karena itu jadilah diri yang berbesar hati, rendah diri untuk meminta maaf kepada orang lain.

Akan tetapi banyak orang dengan mudahnya mengucapkan Kata Kata Maaf untuk dijadikan alasan bahawa orang itu adalah orang yang baik, kata kata maaf bisa diibaratkan sebuah pisau, jika digunakan dengan baik maka akan bermanfaat tetapi jika dibuat mainan akan membahayakan diri sendiri.

Permintaan maaf ucapkanlah dengan rasa jujur, karena jika kita meminta maaf disertai kebohongan maka akan menambah suatu masalah lagi.

Baik kepada ibu bapa, sahabat, teman, maupun musuh apabila kita salah jadilah orang yang berani untuk mengucapkan kata maaf, meskipun orang yang kita mintai maaf tidak menerima maaf kita yang penting kita sudah berusaha dengan setulus hati.

Kata Kata Maaf muncul kerana adanya kesalahan, kesalahan menjadikan kita berpengalaman, pengalaman merupakan guru yang paling penting. Jadi jika kita pernah merasa melakukan kesalahan kepada siapapun segeralah minta maaf karena dengan permintaan maaf kehidupan akan semakin indah.

Meminta maaflah sebelum semuanya terlambat, minta maaflah sebelum kehilangan seseorang yang sangat bererti bagi anda.



buat suamiku tersayang, syg abg.. maafkanlah segala kekhilafan isterimu ne..

Friday, 13 January 2012

sharing is caring

Assalammualaikum w.b.t

sekadar perkongsian bersama.. drpd seorg insan yg bergelar Nur Mujahidah...

22/12/11 @ 20:43
Miliki HATI yang tidak pernah membenci, miliki SENYUM yang tidak pernah pudar, miliki TUTUR KATA yang tidak pernah menyakiti. Jalani hari indahmu dengan Hati yang bersih, SENYUM yang tulus dan TUTUR KATA yang manis, agar dirimu damai dengan kasih ALLAH yang selalu menyertaimu... (^_~)

23/12/11 @ 22:25
"Sahabat dianugerahkan Nur di wajahnya.. Kelembutan dihatinya.. Ketegasan pada didikannya.. Perawat kepada yang terluka.. Penghibur kepada segala kepedihan.. Penderma kasih-sayang yang tidak bertepi.. Pendengar yang setia.. Perindu yang tak ada kesudahannya.. Pemberi yang tak pernah meminta balasan dan Pendoa yang tak pernah putus harapan.." Begitulah hebatnya insan bergelar SAHABAT.. :-)

24/12/11 @ 02:55
"Tak kira sekuntum bunga itu harum atau tidak, tumbuhnya tetap di tanah. Begitu juga bulan, tak kira apa bentuknya, tempatnya tetap di langit dan begitulah perhubungan kita tak kira jauh atau dekat, jumpa atau tak, tempatnya tetap di dalam hati.. Sesungguhnya nilai itu bermakna dari segalanya.." Salam sayang penuh kerinduan buatmu mujahidah sejati ;-)

26/12/11 @ 23:19
Saat gembira pujilah Allah, Saat kesukaran carilah Allah, Saat kesunyian sembahlah Allah, Saat kesakitan yakinlah Allah, Saat demi saat, terima kasih Allah.. :-)

28/12/11 @ 21:36
"Ukhwah itu di hati, walau bersendirian pasti ada yang menemani, tiap yang manis mampu dikenangi walau tiada dimata kini, namun ia hadir bila dirindui kerana asanya ia kekal di dasar hati"

28/12/11 @ 22:59
Hadiah yang berharga dari ALLAH kepada hambaNya adalah apabila DIA mengurniakan kita insan2 yang hatinya berkehendak kepada Tuhan.. Insan2 inilah yang akan bersama-sama meniti denai kehidupan.. Yang akan berjalan seiringan, saling berpesan pada kebenaran dan kesabaran, saling menjana iman dan kekuatan, setiap gerak tindakan senantiasa menyedarkan erti hidup berTuhan, dan insan2 ini hatinya rindu pada kebenaran dalam mengatur langkah meniti kehidupan mencari REDHA Tuhan..

29/12/11 @ 02:23
"Dalam meneruskan perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah PERJUANGAN yang kadang kala menggoda IMAN kita untuk terus TEGUH berdiri.. Kadang SAHABAT tak sehaluan, kadang cemerlang/gagal di capai, kadang SAKIT yang mendatang.. Namun itulah yang harus dihadapi, lumrah kehidupan.. Kita tak boleh selamanya berada dalam suasana yang selesa.."
Maksud Firman Allah: "Dan bila kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.." (Al-baqarah:216)


30/12/11 @ 18:01
Bersamanya ku letakkan kepercayaanku sebagai sahabat.. Bersamanya telah ku lalui suka dan duka.. Ya Allah, senyuman insan ini telah mampu membuatkan aku bahgia, Engkau bahagiakanlah sahabatku ini.. Ya Allah, disaat tangisan pernah menjadi penawar hidupku, Kau jadikanlah tangisan sahabatku ini penawar buat dirinya.. Ya Allah, ku titipkan salam kemaafan, terima kasih-sayang pada saat ini untuk sahabatku yang diingati ini, agar dia tahu siapa dia dihatiku..

12/1/12 @ 11:02
Buat saudariku.. Mengejar impian itu memang memenatkan.. Kadang-kala mengundang putus asa.. Hakikatnya, yang penat itulah memberikan peluang yang berharga.. Apabila kamu merasa kepenatan dalam melakukan kebaikan, ingatlah kepenatan itu pasti akan hilang, tetapi kebaikan itu akan tetap berterusan.. Allah sentiasa disisi orang yang buat kebaikan.. Teruskan perjuanganmu demi Tuhan untuk dunia & akhirat..

14/1/12 @ 09:01
Indahnya ukhwah pabila didalamnya terisi jutaan rahmat Allah.. bila menangis ada yang meredakan, bila gembira ada yang mengingatkan, bila sakit ada yang mendoakan, bila sihat ada yang meraihkan.. Ukhwah kerana ALLAH pasti berkekalan dunia dan akhirat.. Sayang fillah :-)

Syukran Ya Rabb.. Engkau telah menemukan aku dengan seorang insan yang sentiasa mengingatkan aku kepada-Mu.. Alhamdulillah....



Thursday, 12 January 2012

Inilah Mahabbah Fillah..

Cinta itu indah. Ia sesuatu yg besar yg datang daripada Allah Yang Maha Besar. Kalimah Hub kerap diulang sebut dlm al-Quran. Dan Maha Suci Allah drpd memasukkan sesuatu yg remeh dlm kitabNya Yang Maha Besar. Oleh sbb itulah sejak dahulu hingga kini, manusia terus-menerus memburu cinta...



Cinta mmg indah krn ia dtg drpd Allah Yang Maha Indah. Tidak ada ciptaan yg buruk di cc Allah. Buruk & baik hanya soal nisbi (relatif) yg dirujuk kpd ilmu manusia yg terbatas berbanding ilmu Allah Yang Maha Luas. Justeru, jika mencintai ciptaan Allah yg indah itu pun sudah nikmat, apalagi kalau kita berjaya mencintai Pencipta keindahan itu sendiri, maka sudah tentu nikmatnya lebih berganda...

Cinta akan Allah juga dpt mengeratkn hubungan 2 insan yg pd mulanya bermusuhan. Islam tidak akn bangun sekiranya tidak ada cinta seumpama itu. Cinta Allah menyatukan 2 pihak yg saling mencintai-Nya...

Sumber: Solusi 33